SUARAKAN SUARA ANDA

February 17th, 2008 by mysifq

Oleh: Syafiq

Kakitangan atau pegawai yang anda kenal dalam agensi?”

Ada sape2 yang anda kenal dalam pejabat ni?”

“Kamu tahu tawaran ni dari sape?”

Aha…Ini adalah antara soalan yang akan ditanya semasa temuduga di jabatan kerajaan dan badan berkanun. Dan soalan di atas itu merupakan soalan terakhir dalam borang permohonan untuk jawatan profesional dalam jabatan kerajaan.

Mungkin anda selalu dengar dan mengetahui tentang isu kabel jika anda ingin bekerja dalam sektor kerajaan. Bende ni dah lama wujud. Dah popular di kalangan warga Malaysia.

Ari tu aku berkesempatan berbual dengan rakan sepejabat aku yang baru 4 tahun keje tapi dia tahu semua bende…Haha.

Dia kata, isu kabel ni sebenarnya ada tujuan positif. Kekadang je jadi tak betul. Bende yang tak wujud ni la kekadang timbul istilah kroni, pejabat keluarga atau sebagainya.

Antara bende positif yang timbul dari isu kabel ni:

a) Sebenarnya tujuan dorang tanya soalan² di atas tu adalah merujuk kepada pegawai² dalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

b) Majikan perlu tahu peribadi dan kelakuan pekerja baru, mane la tau sebenarnya pekerja ni pemalas atau suka ponteng. So pegawai yang dikenali ni bole la beritahu awal² pada bos.

c) Majikan perlu tahu latar belakang dan sejarah pekerja baru ni. Mane la tau rupanya pekerja baru ni ada rekod jenayah, penah masuk lokap atau pemimpin kumpulan ekstrimis ke. Bole la rejek awal²

d) Majikan perlu tengok dan bandingkan antara pegawai rujukan dengan pekerja baru tu. Mana la tau rupanya pegawai rujukan tu merupakan kaki ponteng dan kuat tido. Mesti bos beranggapan pekerja baru tu pun akan ikut jejak pegawai tu. Ataupun pekerja baru ni akan terpengaruh dengan orang yang dia kenal tu.

e) Jika kita dah ade orang yang kita kenal dalam tu dan pegawai tu pun adalah pegawai yang rajin, sure pekerja baru ini akan jaga kelakuan dan akan kerja dengan rajin. Jika tak, akan memalukan pegawai yang kita kenal tu.

f) Lagi satu, jika kita dah kenal orang dalam, akan memudahkan pekerja baru ni buat kerja. So tak yah la nak kursus orientasi banyak². Cuma tanya je kat pegawai tu. Kan ini menjimatkan masa pejabat.

Untuk pengetahuan, kabel dalam pejabat tu perlulah pegawai atasan, kerani bawahan ni bos tak tengok sangat.

Itu lah antara positifnya kabel dan kroni. Jika nak fokir negatifnya memang la ada. Korang fikirlah sendiri ye.

February 3rd, 2008 by mysifq

Oleh Syafiq

Selamat bulan Februari kepada semua…Ahaks! Dah sebulan kita memasuki tahun 2008. Sudah tercapai azam tahun ini? Bagaimana? Belum? Sudah?

Kepada yang sudah, tahniah diucapkan dari kami. Kepada yang belum, teruskan usaha dan yang penting istiqamah..Nak forward ke tahun hadapan pun boleee…ahaks!

Aku ingin menulis, tapi kontang idea. Takpe la, menulis la sedikit daripada tiada langsung. Aku ikut nasihat sifu-sifu blogger aku. “Menulis walau sedikit”…=)

Kali ni aku mahu bercerita dan mencari konsep utama bagi SUARAKAN. Seperti yang telah diterangkan oleh sifu saya Qaiyum dan juga rakan seperjuangan dalam SUARAKAN. Aku masih mencari suara-suara emas di luar sana tentang isu semasa, isu berbangkit, isu basi dan pelbagai isu lagi. Niat kami sekadar ingin ketahui pemikiran rakyat kita. Bagaimana mereka berfikir tentang sesuatu isu. Qaiyum kata pada awal masa dulu, SUARAKAN ini seperti penulisan bebas yang bertindak menjelmakan suara manusia dalam bentuk penulisan. Fuh! Pening jugak tu. Maklum la hamba ini budak hingusan dalam dunia blog ini. Ahaks!

Setakat ini aku menulis berdasarkan suara-suara yang aku dengar dari kiri dan kanan aku sahaja. Kira aku curik-curik dengar la. Masih mencari orang untuk ditemu bual. Mungkin aku perlu lagi aktif dan produktif. Mungkin benar kata rakan-rakan lain agar aku merayap dan berjalan-jalan menziarahi blog orang lain. Tunggu sehingga aku ada gajet ku sendiri. Ini pun meminjam insan lain untuk menulis. Terima kasih MRozaidi, rakan serumah ku…huhu

Tunjuk ajar ku sifu!!!

Aku terasa seperti banyak untuk aku bertanya kepada insan diluar sana. Pasal dunia, pasal isu gender, pasal teknologi, pasal blog dan macam-macam lagi. Ku harapkan ada yang sudi untuk berkongsi isu dengan SUARAKAN. Hantar saja surat elektronik kepadaku. Akan aku siarkan.

#Isu best yang ingin saja aku siarkan….”Berikan Nilai Kepada Blog” oleh rakan, MohdIsmail (terima kasih kerana membenarkan aku mengambil tajuk mu..Ahaks!). Isu yang best pada pandangan aku. Tunggulah insan terpilih untuk aku temui dan berbual panjang dengannya. Tunggu!!!

~Aku masih terkial-kial belajar ilmu dalam dunia blog ni. Setting SUARAKAN ni pun suruh Qaiyum yang buat….Ahaks! Wordpress, Theme, dan banyak lagi, Uh…Aku perlu belajar lagi

January 26th, 2008 by mysifq

Oleh : Syafiq

A.Samad Said

A Samad Said1

 

Saya kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut….

UtusanMalaysia

Gempar dan membimbangkan!! Aku mendengar khabar berita ni dari sahabat serumah, Azrinbasis. Walaupun berita ini mungkin cerita lama namun masih memeranjatkan

 

 

“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Bunyi seperti kecewa dan merajuk. Aku sebenarnya sangat mengkagumi beliau kerana pemikiran beliau sangat unggul.

Read the rest of this entry »

January 25th, 2008 by mysifq

Oleh : Syafiq

Splog?Apa tu?Macam tak pernah dengar je?…..- Inilah suara hati aku bila pertama kali terbaca artikel dalam Majalah PC #134 yang tiba-tiba berada di rumah…Ahah!

Apa sebenarnya Splog ni?…Aku terus terbang ke alam cyber untuk mencari ape benda anasir jahat ni. Selain daripada bagi amaran kepada penulis Blog hingusan seperti aku ini, dapat juga aku menambah ilmu di dada…Har~

Splog ni menurut ensiklopedia maya a.k.a Wikipedia adalah….(teruskan bacaan)

Menurut majalah PC secara ringkasnya, Splog adalah “Spam+Blog” gabungan dua nama yang agak mengerunkan jika sesape tahu apa kesan buruk Spam. Ada juga yang kenal “Spam in Blog” walaupun maksudnya lebih kurang sama..Akeke

Melalui pembacaan aku, Splog ni mula dikesan dan popular sekitar Ogos 2005. Masa tu para Blogger aktif sangat pening bila kes seperti ini menjadi-jadi. Maka untuk mudah diingati, komuniti blog memberikan nama khas kepada anasir jahat ini kerana menyusahkan hidup mereka…Splog ini jika nak diikutkan tidak lah bahaya seperti virus, trojan atau Malware jahat lain tetapi parasit ini telah menyusahkan hidup para Blogger.

Read the rest of this entry »

January 19th, 2008 by mysifq

Oleh Syafiq

“PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka Parti Mahasiswa Negara (PMN) melahirkan hasrat meletakkan calon bebas di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum akan datang atas alasan hilang kepercayaan pada parti-parti serta pemimpin politik di negara ini

KLpos.Com

Pertama kali aku baca, nak tergelak pun ada. Alasan penubuhan adalah “kerana hilang kepercayaan”…HaHaHa. Agak pecah perut jugak la.

Aku dah pernah dengar pasal Parti Mahasiswa Negara ni sewaktu belajar dulu. Kawan aku Qaiyum selaku orang terpenting di barisan kepimpinan teratas mahasiswa universiti juga pernah beritahu aku pasal ura-ura yang mengatakan Parti ini akan bertanding dalam pilihanraya. Pada mulanya aku fikirkan ini adalah salah satu agenda sebuah parti dalam barisan alternatif yang pemimpin utamanya adalah bekas pemimpin mahasiswa yang tersohor dan disanjung itu. Jadi aku ambil tak kesah la benda-benda macam ni sebab aku fikir karut saja. Bagaimana mahasiswa ingin memimpin orang yang lebih dewasa sedangkan mereka tak pernah tahu pasal hak dan hasrat rakyat Malaysia. Hak dan hasrat pelajar di Univrsiti pun tak terbela.

Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalaman tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.

Aku petik dari blog sahabat kita, Mohd Ismail.com…”Penubuhan PMN itu aku panggil perkara remeh & omong kosong. Untuk rekod, PMN di’latari oleh barisan pemimpin dari Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) yang terang-terangan di’sokong penuh oleh Parti Islam se-Malaysia (PAS)

Aku setuju dengan kata-kata itu. Remeh & omong kosong..Ahah!

Read the rest of this entry »

January 17th, 2008 by mysifq

Oleh Syafiq

Baner FTA

Free Trade Agreement (FTA) - Ada yang beranggapan itu merupakan penjajahan bentuk baru, sesetengah fikir ia peluang menambah kekayaan, sebahagian menyangka itu adalah kebebasan untuk bertukar teknologi dan pemikiran dan tak lari juga yang beranggapan itu adalah agenda US meluaskan pengaruh jahat’nya.

“KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the government would always safeguard the nation’s interests in its negotiations on a free trade agreement with the United States. Some quarters had expressed concerns that the FTA would only benefit the Americans.”-Kementerian Sumber Manusia

Apa sebenarnya FTA ni.

Read the rest of this entry »

January 16th, 2008 by mysifq

 

SIAPA PERLU TEGUR DULU?

Oleh Syafiq

Atmosfera yang sentiasa terjadi terutama untuk pekerja baru. Dilemma sungguh untuk menegur staf senior.

Siapa yang patut tegur siapa dulu? Adakah staf baru yang perlu mengorak langkah ataupun staf senior yang perlu membuka mulut untuk beramah mesra?

Ahah! Benda ni dah berlaku pada aku yang melapor diri di pejabat minggu lepas. Masuk je pejabat terus cari meja kerusi. Lepas tu tersengih-sengih tengok staf lalu lalang depan meja aku. Niat sekadar ingin beramah mesra dan berkenalan. 2 jam selepas tu ada sorang staf senior perempuan dikenali Mak Su mula bertanya khabar. Berbual sedikit tentang biodata diri. Soalan lazim bagi orang baru…= Nama sape? Tinggal kat mane? Umur berape? Nak best sket…Dah kawen ke?Nampak cam dah kawen je?…Ahaks! Sepanjang berbual tu senyum memang tak hilang dari mulut aku. Situasi ni nampaknya…staf senior yang memulakan sesi perkenalan.

Read the rest of this entry »

January 16th, 2008 by mysifq

Oleh Syafiq

Jalan rosak

 

Tak puas hati betul aku. Seminggu lepas baru jalan diturap, tup..tup minggu ni dah lubang balik. Sakit hati betul. Dah la laluan tempat kerja aku. Hari-hari ulang alik laluan yang sama. Sangat susah bagi orang yang sentiasa berhati-hati macam aku ni. Huh!

Pertanyaan nya?

Adakah jalan tu memang dah disumpah untuk berlubang selalu?

Atau bahan untuk menurap jalan itu memang kualiti rendah a.k.a takde kualiti langsung?

Atau jurutera yang buat tu memang dah malas nak turap jalan tu?

Atau JKR buat kerja main-main?

Read the rest of this entry »

January 15th, 2008 by mysifq

Oleh Syafiq

Pejabat

Kali ni aku rasa cam takde isu nak suarakan. Aku terasa nak cerita atmosfera pejabat aku kat Putrajaya tu. Sebuah pejabat kerajaan dan kementerian yang sangat penting diterajui Perdana Menteri kita.

Aku nak cerita pasal kad ketuk@punchcard. Meja aku memang betul2 depan alat tu, jadi memang sentiasa memerhatikan gelagat orang pejabat kerajaan. Yang aku nak cerita ni pasal masa tamat bekerja, pukul 5 petang. Memang dah jadi tabiat kot orang kerja kerajaan ni. Jam kat mesin tu masih menunjukkan pukul 4.58 petang tapi yang bestnya, orang dah ramai beratur sambil memegang kad untuk diketuk. Aku yang duduk depan mesin tu pun dah tak dipandangnya lagi. Janji cukup masa, ketuk, dan balik. Tepat pukul 5 je, bom! ramai2 berebut nak jadi orang pertama ketuk kad tu. Fenomena yang sangat indah di pejabat kerajaan. Tu belum masuk aliran kerja yang birokrasi. Hah! Akan aku khabarkan dari masa ke semasa perkembangan atmosfera dunia pekerjaan di pejabat kerajaan.

January 11th, 2008 by mysifq

Oleh Syafiq

Visit Malaysia50 years

 

Bukan kontrovesi, bukan menghasut, sekadar suarakan…Jangan tahan aku ya

Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan di Indonesia. Bukan untuk bertengkar atau berkelahi. Sekadar menyuarakan apa yang terbuku di hati.

Isu kali ini sebagai maklumbalas kepada komentar rakan-rakan Indonesia kita terhadap isu Rasa Sayang-Kempen Pelancongan

Read the rest of this entry »

« Previous Entries

KALENDAR

May 2008
M T W T F S S
« Feb    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

ADVERTLETS?


KOMEN TERKINI

    • KNizam: aku benci kabel2 tuh semua. hehe :)
    • KepekPisang: Mengarut parti mahasiswa negara!!! Abis belajar dulu. dapat...
    • Qaiyum: Hmm.. Aku Akan Kembali Ke Sini Syafiq. Untuk Membantu Anda Dalam...
    • xin nira: parti mahasiswa negara adalah gelombang baru baru suara mahasiswa...
    • Qaiyum: Nak E-mel Dia? Hehe.. Takdela Kat Saya..
    • lin: takde yg menariknya study kat oversea ler sarahhhh…
    • lin: mintak email ko sarah

PAUTAN