SUARAKAN SUARA

SUARAKAN 01 - Isu Kemerdekaan
September 1st, 2007 by Qaiyum

Hisham Nazri

Biodata Suara

Nama Penuh : Norhisham bin Nazri

Pekerjaan : Mahasiswa

Bidang : Kejuruteraan Elektrik UiTM (Semester 5)

Sesi Soal Jawab Telah Dijalankan Oleh SUARAKAN Melalui Yahoo! Messenger. Beliau Adalah Rakan Sekelas Penulis Sewaktu Sekolah Di Perlis Suatu Ketika Dahulu. Beliau Seorang Yang Amat Patriotik & Mempunyai Semangat Cintakan Negara Yang Tinggi. Sama²lah Kita Soroti Sesi Ini

SUARAKAN: So Kita Ke Isu Kemerdekaan

HISHAM NAZRI: ok

SUARAKAN: Sejauh Manakah Anda Menilai Erti Kemerdekaan?

HISHAM NAZRI: Sejauh perjalanan 50 tahun kemerdekaan Malaysia

SUARAKAN: Ko Bleh Elaborate Memanjang

HISHAM NAZRI: hmm, kemerdekaan adalah kebebasan..

HISHAM NAZRI: perjuangan

HISHAM NAZRI: dan merupakan satu titik tolak bagi sebuah negara untuk kekal sebagai sebuah negara bangsa

HISHAM NAZRI: tanpa adanya lagi campur tangan dari pihak-pihak luar

HISHAM NAZRI: dalam konteks negara kita, merdeka itu adalah merupakan satu lambang perjuangan pemimpin-pemimpin kita yang mahu keluar dari cengkaman penjajah dan berusaha untuk mewujudkan pemerintahan yang bebas

SUARAKAN: Apakah Yang Anda Rasa Masih Kurang Pada Malaysia Hari Ini?

HISHAM NAZRI: saya rasa malaysia kurang dari segi perpaduan

HISHAM NAZRI: masih terdapat perasaan curiga di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini

HISHAM NAZRI: perkara ini jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada negara

HISHAM NAZRI: masih terdapat golongan yang secara terbuka membuat tuntutan-tuntutan yang melampau

HISHAM NAZRI: tuduhan-tuduhan yang liar, tanpa disokong dengan fakta atau bukti

HISHAM NAZRI: semua ini jika kita tidak tangani secara rasional, tidak mustahil negara kita akan kembali kepada zaman sebelum merdeka

SUARAKAN: Apa Pandangan Anda Mengenai Langkah Kerajaan Dalam Usaha Untuk Meningkatkan Perpaduan Di Negara. Apakah Masih Ada Kekurangan? Dimanakah Silapnya?

HISHAM NAZRI: pada pandangan saya, kerajaan telah melakukan segala galanya

HISHAM NAZRI: bermula dari sejak zaman pra-merdeka lagi

HISHAM NAZRI: tunku abdul rahman telah memulakan gagasan parti perikatan

HISHAM NAZRI: namun, atas sebab sebab tetrtentu, perpaduan yang dirintis oleh tunku telah runtuh pada 1969

HISHAM NAZRI: iaitu selepas peristiwa 13 mei 1969

HISHAM NAZRI: kemudian, tun abdul razak telah memulakan gagasan kedua

HISHAM NAZRI: iaitu Barisan Nasional

HISHAM NAZRI: dalam gagasan ini, tun telah menjemput semua parti politik yang terdapat di Malaysia untuk bergabung di bawah Barisan Nasional

HISHAM NAZRI: tidak cukup dengan itu,

HISHAM NAZRI: kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru

HISHAM NAZRI: yang mana matlamatnya adalah untuk menghapuskan kemiskinan serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum

HISHAM NAZRI: kerajaan juga telah menggubal dasar pendidikan kebangsaan

HISHAM NAZRI: namun, atas sebab perasaan curiga yang masih mendalam di kalangan segelintir rakyat, perpaduan masih agak kurang

HISHAM NAZRI: diberikan perhatian

HISHAM NAZRI: sedangkan sebelum merdeka, semasa zaman darurat, semasa menentang komunis

HISHAM NAZRI: kita semua boleh bersatu

HISHAM NAZRI: tidak ada satu pun yang berasa curiga

HISHAM NAZRI: tidak ada seorang pun yang berasa curiga

HISHAM NAZRI: kita telah sama sama bangun dan bergabung tenaga bagi mndapatkan kemerdekaan

HISHAM NAZRI: jadi adalah amat tidak wajar jika sekarang ini kita tidak boleh bergabung tenaga untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan

HISHAM NAZRI: saya percaya, jika Tunku Abdul Rahman masih hidup, almarhum pasti akan berasa agak kecewa dgn senario ini

SUARAKAN: Mm…

SUARAKAN: Apakah Pandangan Anda Mengenai Rakyat Malaysia?

SUARAKAN: Jika Semua Itu Berpunca Daripada Rakyat Yang Tidak Mementingkan Perpaduan, Apakah Yang Kurang Sebenarnya?

HISHAM NAZRI: kita kurang persefahaman

HISHAM NAZRI: itu sahaja

HISHAM NAZRI: kalau rakyat faham kepada asas pembentukan negara ini

HISHAM NAZRI: iaitu perlembagaan persekutuan dan kontrak sosial

HISHAM NAZRI: tidak akan ada seorang pun yang akan mencabar keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu

SUARAKAN: Jika Itu Anda Rasa Kurang Pada Rakyat Malaysia, Adakah Anda Rasa Kita Boleh Mencapai Perpaduan Yang Diinginkan Berdasarkan Situasi Hari Ini? Ataupun Tidak Mungkin Akan Tercapai, Kita Masih Akan Terus Sangsi Antara Satu Sama Lain?

HISHAM NAZRI: saya rasa perpaduan boleh dicapai

HISHAM NAZRI: cuma lambat atau cepat

HISHAM NAZRI: sebelum ini pun kita telah membuktikan bahawa kita boleh hidup bersama-sama dalam keadaan damai dan aman

HISHAM NAZRI: cuma apa yang perlu dilakukan ialah pemerkasaan perpaduan

HISHAM NAZRI: isu-isu sensitif yg menyentuh soal perkauman, mesti dielakkan’

HISHAM NAZRI: dan kita mesti menghormati antara satu sama lain

SUARAKAN: Baiklah. Apakah Yang Anda Banggakan Terhadap Malaysia Hari Ini?

HISHAM NAZRI: pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai bidang

HISHAM NAZRI: perindustrian

HISHAM NAZRI: pertanian

HISHAM NAZRI: pelancongan

HISHAM NAZRI: pendidikan

HISHAM NAZRI: pengangkutan

HISHAM NAZRI: sukan

HISHAM NAZRI: dan yang paling penting, kemakmuran yang terus dikecapi walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan

HISHAM NAZRI: kerana kita telah membuktikan bahawa dengan wawasan yang jauh, serta semangat yang tinggi

HISHAM NAZRI: kita mampu pergi jauh

HISHAM NAZRI: malah Malaysia telah diiktiraf sebagai negara membangun paling maju walaupun ada diantara negara membangun lain yang memperoleh kemerdekaan lebih awal dari Malaysia

SUARAKAN: Ok..

SUARAKAN: Akhir Kata Dari Anda Sebagai Seorang Rakyat Malaysia Sempena 50 Tahun Kemerdekaan?

HISHAM NAZRI: hargailah kemerdekaan ini..sayangilah negara ini..kita sebagai rakyat Malaysia mesti menumpahkan penuh taat setia kita kepada seri paduka baginda, raja kita…marilah kita sama sama meningkatkan keupayaan agar negara kita ini terus makmur sejahtera, berdaulat dan mulia serta gagah dan perkasa…

SUARAKAN: Ya.. Sudah?

HISHAM NAZRI: sudah

HISHAM NAZRI: MERDEKA!!!

SUARAKAN: Merdeka.

SUARAKAN: Terima Kasih Atas Kerjasama

Posted in Mentaliti, Soal Jawab

5 Comments

Posted By: Qaiyum on September 1st, 2007at 1:52 am

Pic Di Atas Telah Diambil Di Frenster Tanpa Kebenaran Beliau.
:D=

Posted By: faiz on September 1st, 2007at 5:21 am

waa target yg betul..tidak syak lagi.hehe

Posted By: yob on September 2nd, 2007at 12:15 am

hahhahahaha…caylah sham….hang mmg org yg penuh ngan patriotik…

Posted By: yob on September 2nd, 2007at 12:17 am

ak silap taip tu…”cayalah”….hisyam nie klu sembang sal politik,mesti berapinya…hangpa try la sembang ngan dia…ak pnh berdebat berberapa kali dah ngan dia nie… =)

Posted By: Qaiyum on September 2nd, 2007at 1:49 am

Yob? Pakyob Ka Ang Nie? Hahaha.. Ang Berdebat Ngan Apo Ngan Dia? Musti Pasai Pompuan? Ka Pasai PAS Ngan UMNO?

Post a Comment Below »
Your Name:

Your Email:

Website?

Your Comment:

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

KALENDAR

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

ADVERTLETS?


KOMEN TERKINI

    • Qaiyum: Ambik La Inchek MoHFiR. Lagipun Artikel Ini Pun Saya Ambil Dari...
    • MoHFiR: Apa yang ko kata ni Qaiyum, Aku sokong and berdasarkan pemerhatian...
    • KNizam: aku benci kabel2 tuh semua. hehe :)
    • KepekPisang: Mengarut parti mahasiswa negara!!! Abis belajar dulu. dapat...
    • Qaiyum: Hmm.. Aku Akan Kembali Ke Sini Syafiq. Untuk Membantu Anda Dalam...
    • xin nira: parti mahasiswa negara adalah gelombang baru baru suara mahasiswa...
    • Qaiyum: Nak E-mel Dia? Hehe.. Takdela Kat Saya..

PAUTAN