SUARAKAN SUARA

Istimewanya Gelaran Ibu
September 7th, 2007 by mysifq

Oleh : Syafiq

Mother

Kerajaan baru-baru ini dengan prihatinnya telah melanjutkan tempoh cuti bersalin tanpa gaji dari 90 hari kepada maksimum lima tahun.
Fuh, betapa beruntungnya ibu-ibu dan anak-anak yang dilahirkan sekarang. Usaha kerajaan ini sekurang-kurangnya memberikan kesedaran kepada institusi kekeluargaan bahawa betapa pentingnya menjaga anak dan mendidik anak. Bagi pendapat penulis, usaha-usaha macam ni sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar penyakit sosial yang makin tenat dikalangan anak-anak remaja kita. Mane tak nya, sekurang-kurangnya ibu-ibu dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada bayi-bayi mereka dengan memberikan susu ibu yang banyak khasiatnya. Dengan ini, si anak akan dapat rasa pengorbanan ibu mereka bukannya seperti keadaan dunia sekarang ini yang, mintak maaf saya cakap lah seperti anak-anak lembu hasil dari penyusuan susu lembu. Anak sendiri kurang ajar dengan ibu, biadap dan tidak mengaku ibu. Huh, dunia..dunia.

Dua tiga hari yang lepas, penulis dan rakan-rakan ada bersembang-sembang di kedai mamak pasal banyak isu bermula dari organisasi kami sehinggalah bajet 2008 memandangkan kebanyakkan ahli perbincangan adalah manusia berkerjaya. Antara perbincangan kami termasuk isu cuti bersalin ni. Inilah antara sembang-sembang kami..

“Baguslah kerajaan dah naikkan cuti bersalin bagi pekerja perempuan” memulakan isu

“Owh…yang naikkan sampai 5 tahun tu ke. Lama beb” sambut penulis

“Had cuti tu paling banyak 5 tahun tak kesah berapa anak pun” balas Qai

“Tapi apa relevennya kerajaan buat semua ni, cuba korang fikir, kalau dah cuti lama-lama, keje kat ofis sape nak ganti” kata penulis

“Ntahnye, ade jugak pekerja wanita yang tak suka, dorang kata cuti lama-lama pun tapi tak dapat gaji. Nak makan ape kat rumah” Azrin plak balas

“Aik…Orang perempuan plak yang tak setuju” kata Paan

“Ada makcik tu aku terdengar dia cakap macam tu. Heran jugak. Nasib baik makcik tu dah ramai anak..Tapi betul gak sebab kalau cuti lama-lama pun dorang tak de nak buat ape” balas Azrin

“Ok la tu, ‘at least’ dorang leh jaga anak. Tak de la bagi kat orang gaji ” sampuk penulis.

…sembang kami terhenti setakat tu apabila topik lain diketengahkan.

Ada yang setuju dan ada juga kurang setuju. Terpulang la kepada pendapat masing-masing. Kerajaan hanya menjalankan sesuatu perkara itu berdasarkan majoriti dan telah disepakatkan oleh para profesional dan para ilmuan.

Posted in Keluarga, Sembang Kedai Kopi

One Comments

Posted By: Qaiyum on September 10th, 2007at 3:57 am

Aku Sewaktu Dikelantan Telah Diketemukan Dengan Tn Haji Ahmad Bin Yaakob. Beliau Adalah Dari Yayasan Kebajikan Anak Yatim Kelantan. Beliau Juga Dahulunya Adalah Naib Presiden CEUPECS. Banyak Cerita Yang Telah Dikongsi Oleh Beliau Mengenai Perjuangannya Sewaktu Berada Bersama Kesatuan Sekerja Itu. Antaranya Adalah Isu Cuti Ibu Bersalin Ini. Memang Ini Telah Dilihat Sebagai Usaha Kerajaan. Tapi Sebenarnya Di Sebalik Tabir Adalah Usaha Mereka² Yang Sentiasa Menuntut Hak Masing². Sebagai Contohnya Dari Kesatuan Sekerja Ini. Kita (Yang Dah Bekerjaya Ni La) Seharusnya Perlu Banyak Berterima Kasih Kepada Pejuang² Dari Kesatuan Sekerja Ini Kerana Hasil Korban Keringat & Tenaga Mereka Telah Banyak Membawa Kepada Perubahan.

Antara Perjuangan Tn Haji Ahmad & Rakan² Ini Diceritakan Bahawa Suami Yang Isterinya Bersalin Perlu Diberikan Cuti Juga Memandangkan Bukan Anak Sahaja Perlu Dijaga. Si Isteri Juga Perlu Diberikan Perhatian Oleh Si Suami. Namun Masih Belum Menampakkan Hasil Isu Itu. Huhu..

Post a Comment Below »
Your Name:

Your Email:

Website?

Your Comment:

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

KALENDAR

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

ADVERTLETS?


KOMEN TERKINI

    • Qaiyum: Ambik La Inchek MoHFiR. Lagipun Artikel Ini Pun Saya Ambil Dari...
    • MoHFiR: Apa yang ko kata ni Qaiyum, Aku sokong and berdasarkan pemerhatian...
    • KNizam: aku benci kabel2 tuh semua. hehe :)
    • KepekPisang: Mengarut parti mahasiswa negara!!! Abis belajar dulu. dapat...
    • Qaiyum: Hmm.. Aku Akan Kembali Ke Sini Syafiq. Untuk Membantu Anda Dalam...
    • xin nira: parti mahasiswa negara adalah gelombang baru baru suara mahasiswa...
    • Qaiyum: Nak E-mel Dia? Hehe.. Takdela Kat Saya..

PAUTAN