Oleh ladylily
‘While you need to stand up to those you disagree with, you could learn more if you take time to determine what’s behind their thinking. Do this and by midweek you’ll be in the midst of rewarding discussions about various ideas that otherwise could have become problems and contentious issues. -The Sun
Memahami orang lain merupakan satu tindakan yang sukar dilakukan apabila kita sendiri tidak memahami diri kita sendiri. Adakah anda faham diri anda? Adakah anda faham diri kita? Adakah kita fahami diri anda? Persoalan yang sering dikemukan kepada diri sendiri bagi mencari jawapan dalam memahami sesuatu situasi. Kadang-kala kita sering mempersoalkan sejauh mana kita memahami diri sendiri walaupun hakikatnya kita sering bercakap-cakap mengenai kenapa kita tidak memahami orang lain. Dalam keadaan tidak sedar kita suka untuk memahami orang lain namun adakah kita sedar bahawa kita sendiri tidak memahami diri sendiri. Sering kali berfikir sejauh mana kita berkemampuan untuk mengubah masa depan iaitu masa depan negara, bangsa dan segalanya mengenai orang lain kecuali keluarga kerana ia adakah tanggungjawab yang kiranya wajib bagi setiap anak, bukankah begitu? Namun adakah kita berkemampuan terlebih dahulu mengubah masa depan diri sendiri? Sejauhmanakah kita mampu? Adakah dengan kata-kata atau dengan berfikir sahaja kita mampu mengubah situasi? Adakah perut akan kenyang dengan hanya berkata “kita dah kenyang!’? atau akan muncul duit di depan mata dengan hanya berfikir akannya? Persoalan kemampuan mengubah diri sendiri semua bergantung kepada niat dihati dan mentaliti. Setinggi gunung ilmu dicari tak akan mengubah hidup sekiranya tiada usaha dan niat baik dihati untuk mengubah kehidupan. Malu dan segan ingin mengatakan kerana kita salah satu darinya namun ia adakah sebahagian dari realiti kehidupan masa kini yang kita tak dapat lari. Mahasiswa mentaliti kelas ketiga dengan kelakuan yang menjengkelkan. Sifat malas merajai jiwa, masa dihabiskan dengan budaya hedonism. Bukan menyata tetapi realiti dan hakikat malah menjadi fakta apabila kita renung sejenak. Tiada apa yang disorok kerana itulah kehidupan, berterusan dan tiada penghujung kecuali mati. Maka sedarkah kita? (Ayat yang disusun bukan untuk difahami tetapi difikirkan makna dan nilainya. Harap maklum).
Posted in Pendapat