
Oleh : Syafiq
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.
PETALING JAYA, 20 Sept - Ujian DNA telah mengesahkan mayat yang ditemui dalam sebuah beg di sebuah kedai di PJS1, Petaling Jaya Utama Isnin lepas sebagai mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
SHAH ALAM: The DNA of the dead girl stuffed in the sports bag matches that of taxi driver Jazimin Abdul Jalil and his wife Norazian Bistaman.
Al-Fatihah Kepada Adik Nurin Jazlin…..
Satu lagi episod sedih dalam sejarah negara apabila berlaku lagi kejadian ngeri pembunuhan seksual ke atas seorang insan yang belum ada dosanya. Apa sebenarnya yang berlaku?Adakah rakyat Malaysia sudah mencapai mentaliti orang Barat atau syaitan sudah mula menjajah pemikiran kita?
Banyak persoalan yang belum terjawab@tidak terjawab@tidak akan dijawab. Cerita ini pasti akan membangkitkan semangat kebencian yang sangat meluap-luap dalam diri rakyat Malaysia sehinggakan terpacul dari mulut mereka
“Kalau La Dapat Tangkap Pembunuh Tu, Potong Je Anu nye.Bagi Makan Anjing”
“Kalau la Aku Dapat Pembunuh Tu, Mau Aku Sula Pastu Gantung. Baru Padan Muka Dia”
Begitu la antara kata-kata kebencian terhadap pembunuh adik Jazlin kita.Ganaz
Sejauh mana hukuman yang akan dilakukan ke atas pembunuh adik Jazlin tu, kita serahkan kepada pihak yang lebih layak membuat hukuman. Rakyat Malaysia mengharapkan hukuman yang dikenakan adalah setimpal dan sepadan dengan apa yang telah dilakukan.
- 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
- 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
- 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
- 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
- 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
- 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
- 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
- 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
- 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
- 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
- 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
- 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
- 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
- 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
- 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
- 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
- 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui”
“Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan. Sains sudah membuktikan identiti mayat itu”
“Rekod pergigian Nurin yang hilang sejak sebulan lalu didapati sama dengan gigi mayat kanak-kanak malang itu,”
“Ibu mangsa, Norazian Bistaman pula mengakui mayat berkenaan memiliki lebih 50 peratus persamaan dengan tubuh anak perempuannya”
Terima kasih kepada teknologi dan sains kerana telah membantu. Penulis selaku penerima ilmu dari bidang ini sungguh berbangga kerana hasil dari teknologi ini telah memudahkan semua pihak.Tapi….
“Bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, bagaimanapun sangsi dengan keputusan tersebut”
Mungkin beliau masih tidak mampu untuk menerima akan kehilangan anaknya tetapi percaya lah, sains tidak pernah menipu.
Persoalan : Sejauh mana kesedaran ibu bapa diluar sana untuk menjaga anak mereka agar pisang tidak berbuah dua kali, tiga kali dan berkali-kali?Adakah mereka masih membiarkan anak mereka berjalan berseorangan di luar rumah?
Kepada semua yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak, perhatikan anak anda. Jaga lah mereka. Jangan biarkan ada “suara-suara” yang akan timbul jika berlaku sesuatu kepada anak mereka.Utamakan Keluarga - Semakin Hari Semakin Sayang