SUARAKAN SUARA

Kempen Pelancongan - Salah Kami Ke?
January 11th, 2008 by mysifq

Oleh Syafiq

Visit Malaysia50 years

 

Bukan kontrovesi, bukan menghasut, sekadar suarakan…Jangan tahan aku ya

Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan di Indonesia. Bukan untuk bertengkar atau berkelahi. Sekadar menyuarakan apa yang terbuku di hati.

Isu kali ini sebagai maklumbalas kepada komentar rakan-rakan Indonesia kita terhadap isu Rasa Sayang-Kempen Pelancongan

Banyak sungguh komentar yang diterima. Ada yang emosi, ada yang semangat, ada yang menuduh dan ada juga yang memberi semangat. Terima kasih kepada semua dan aku hargai usaha kalian.

Hari ini ketika aku menulis di sini, pemimpin kita, rumpun Melayu sedang bersidang dan berbincang tentang isu-isu serantau di Putrajaya. Banyak isu yang ku sangka perlu diselesaikan terutama isu pendatang asing dan peluang kerja di Malaysia. Dan aku mengharapkan isu Rasa Sayang @ Rasa Sayange juga dibincangkan.

“untuk xxx…
jangan cepat melatah..adakah bumi yang tuhan cipta ini adalah semata-mata ini lihat kita saling bertelagah??adakah dikau tahu yang lagu,harta,atau dihimpunkan segala harta benda,barang ternilai yang ada dimuka bumi masih tidak mampu membeli iman!!kalau dikau tak mau mengaku yang kita ni dari asal yang sama,baik ko bukak buku sejarah semula….tak pun dikau buka kitab2 yang dulu2…jika ia lagu maluku sekali pun,tidak bolehkah kita berkongsi???klcc kita bleh kongsi,tak kan lagu tak leh kongsi??”

“Malingsia emang besar kepala. ngaku orang intelek tp kelakuan kayak perampok. Kenapa gak sekalian Lagu INDONESIA RAYA dicolong???? “

ya sememangnya aku mengakui lagu2 itu, malah masakan kami juga banyak dtg indonesia..maka..apa lagi saudara? bukan setakat itu, keris…persilatan..malah hidup kami byk juga dipengaruhi sana…sudahla ye saudara..tak perlu bergaduh..pada saya..kalau kite bergaduh begini, tak berkesudahan…dua2 pun sama.kite rakyat yg bergaduh..tak memberi ape2 kesudahan. lebih baik mengikut saluran yg betul.oh ye… saya puji semangat juang indonesian… teruskan tp berpada2. malaysian juga begitu.

Ini adalah antara petikan yang aku suka dan sangat berminat. Sungguh emosi dan semangat.

Begini sajalah, terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat yang menyuarakan isi hati. Bagi aku, kita sekadar bercakap berdasarkan pengalaman dan pandangan. Kita tidak pernah merasa berada di atas, tidak pernah memerintah negara, tidak pernah mencipta sejarah ulung dan tidak pernah menyemak naskah di arkib-arkib…

Oleh itu wahai rakan seperjuangan ku, jika benar apa yang dikata, mungkin Malaysia bersalah. Itupun jika kalian menunjukkan bukti yang kukuh berdasarkan sejarah dan arkib yang tersimpan. Lagipun, tidak salah jika kita berkongsi. Orang Barat sendiri tahu yang kita ini bersaudara dan saling bergantungan. Sejarah kita juga bermula dari punca yang sama. Jangan lah ada konfrantasi lagi antara kita.

Jujur aku katakan yang Indonesia sangat bergantung kepada Malaysia dan begitu juga sebaliknya.

Lebih baik kita bersatu padu menjatuhkan US dan…santet aja Bush itu..

Indonesian….Aku respek kalian!!!

Posted in Mentaliti, Sembang Kedai Kopi

Post a Comment Below »
Your Name:

Your Email:

Website?

Your Comment:

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

KALENDAR

January 2008
M T W T F S S
« Sep   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

ADVERTLETS?


KOMEN TERKINI

    • Qaiyum: Ambik La Inchek MoHFiR. Lagipun Artikel Ini Pun Saya Ambil Dari...
    • MoHFiR: Apa yang ko kata ni Qaiyum, Aku sokong and berdasarkan pemerhatian...
    • KNizam: aku benci kabel2 tuh semua. hehe :)
    • KepekPisang: Mengarut parti mahasiswa negara!!! Abis belajar dulu. dapat...
    • Qaiyum: Hmm.. Aku Akan Kembali Ke Sini Syafiq. Untuk Membantu Anda Dalam...
    • xin nira: parti mahasiswa negara adalah gelombang baru baru suara mahasiswa...
    • Qaiyum: Nak E-mel Dia? Hehe.. Takdela Kat Saya..

PAUTAN