SUARAKAN SUARA

Pisang Berbuah 2, 3, 4 dan….kali?
January 11th, 2008 by mysifq

Oleh : Syafiq

Dulu adik Jazlin sudah mengemparkan masyarakat Malaya dengan pembunuhannya yang kejam. Masa tu semua rakyat Malaysia takut nak bawa anak-anak mereka keluar bermain. Selepas tu, kecoh lagi satu Malaya dengan pelbagai kejadian hilang anak. Masa tu penulis ingat masyarakat kita sudah sedar dan insaf dengan kepentingan menjaga anak sendiri. Kita semua dah lega….Tiba-tiba, tidak sampai 6 bulan kejadian tu berlaku, kini kita dengar lagi kejadian penculikan budak kecil yang dikenali SHARLINIE. Kali ini gerakan besar-besaran adik ini membawa tema “DI MANA SHARLINIE?

 

 

 

 

PETALING JAYA: Polis mengetatkan kawalan di semua pintu sempadan dan lapangan terbang dalam gerakan mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang berhampiran rumahnya di Taman Medan, dekat sini, kelmarin serta memburu dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Berita Harian

PETALING JAYA 10 Jan - Penjenayah bagi kes-kes culik itu digelar sebagai ‘Abang Kucing’ kerana modus operandi memujuk mangsa mencari kucing dan burung yang hilang.

Utusan Malaysia

Tahniah kepada pihak berkuasa Malaysia kerana telah berusaha mencari dan menyelamat adik kita itu. Tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan bersimpati dengan kejadian seperti ini.

Persoalannya?

Adakah rakyat Malaysia masih tidur dan mamai?

Kenapa pisang masih berbuah banyak kali?

Adakah kejadian yang dulu masih tidak dapat membeliakkan mata kita?

Adakah orang kita “sudah terantuk baru nak tergadah”?

Adakah sejarah yang lalu hanya menjadi sampah dalam kepala otak?

 

Sekali lagi kami menegaskan…”JAGALAH ANAK SENDIRI DULU BARU JAGA ANAK ORANG LAIN, PERHATIKAN MEREKA BUKAN DARI JAUH TAPI DEKAT DENGAN MEREKA”

“JANGAN BIARKAN PISANG BERBUAH BERJUTA-JUTA KALI”

Anda pernah lihat orang ini? Fotofit “Abang Kucing”

 

 

Hubungi 999 jika anda kenal. Mungkin dia pernah offer anda untuk mencari kucing.

Posted in Keluarga, Mentaliti

One Comments

Posted By: Qaiyum on January 14th, 2008at 8:52 pm

Risau..
Sangat Ramai Mereka Yang Rakus Di Luar Sana Dan Terlalu Terdesak Hingga Memungkinkan Mereka Melakukan Sesuatu Yang Kejam..

Marilah Mendoakan Kesejahteraan Sekalian Umat Manusia..

Post a Comment Below »
Your Name:

Your Email:

Website?

Your Comment:

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

KALENDAR

January 2008
M T W T F S S
« Sep   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

ADVERTLETS?


KOMEN TERKINI

    • Qaiyum: Ambik La Inchek MoHFiR. Lagipun Artikel Ini Pun Saya Ambil Dari...
    • MoHFiR: Apa yang ko kata ni Qaiyum, Aku sokong and berdasarkan pemerhatian...
    • KNizam: aku benci kabel2 tuh semua. hehe :)
    • KepekPisang: Mengarut parti mahasiswa negara!!! Abis belajar dulu. dapat...
    • Qaiyum: Hmm.. Aku Akan Kembali Ke Sini Syafiq. Untuk Membantu Anda Dalam...
    • xin nira: parti mahasiswa negara adalah gelombang baru baru suara mahasiswa...
    • Qaiyum: Nak E-mel Dia? Hehe.. Takdela Kat Saya..

PAUTAN