SIAPA PERLU TEGUR DULU?
Oleh Syafiq
Atmosfera yang sentiasa terjadi terutama untuk pekerja baru. Dilemma sungguh untuk menegur staf senior.
Siapa yang patut tegur siapa dulu? Adakah staf baru yang perlu mengorak langkah ataupun staf senior yang perlu membuka mulut untuk beramah mesra?
Ahah! Benda ni dah berlaku pada aku yang melapor diri di pejabat minggu lepas. Masuk je pejabat terus cari meja kerusi. Lepas tu tersengih-sengih tengok staf lalu lalang depan meja aku. Niat sekadar ingin beramah mesra dan berkenalan. 2 jam selepas tu ada sorang staf senior perempuan dikenali Mak Su mula bertanya khabar. Berbual sedikit tentang biodata diri. Soalan lazim bagi orang baru…= Nama sape? Tinggal kat mane? Umur berape? Nak best sket…Dah kawen ke?Nampak cam dah kawen je?…Ahaks! Sepanjang berbual tu senyum memang tak hilang dari mulut aku. Situasi ni nampaknya…staf senior yang memulakan sesi perkenalan.
Lain pulak cerita kawan sekerja baru aku. Lelaki. Situasi yang sama dengan aku tapi dimulakan dengan perkenalan dengan staf senior yang wanita dan muda. Ahah! Memang rancak. Satu strategi yang bagus untuk bertapak kukuh.
Fenomena yang lain pulak. Kali ni rakan sekerja baru yang wanita. Mula-mula masuk pejabat memang pendiam dan pemalu. Strategi yang digunakan adalah..Senyum sepanjang jalan. Hah! Bagus gak tu. Menunjukkan kemanisan wajah sepanjang laluan dalam pejabat itu. Strategi lain untuk menjalinkan hubungan.
Cerita yang lain, mungkin tak patut dilakukan tapi mungkin terjadi, sape tau…Kenalan baru, seorang pendiam…mungkin. Sangat sukar untuk bersuara sehinggakan staf senior menegur..”Jangan la sombong sangat, budak baru jangan lah berat mulut nak tegur orang lama”.
Terdiam aku. Mungkin betul katanya…Pekerja baru perlu mengorak langkah memulakan perbualan dan perkenalan. Tapi bagaimana dengan yang pemalu dan pendiam? Bagaimana jika mereka takut perkenalan mereka itu nanti disalah sangka dan melanggar atmosfera kerja? Bagaimana pula jika staf lama beramah mesra menyambut ahli baru seperti menyambut keluarga baru?
Ahah! Tepuk dada tanya situasi…Anda perlu segera memerhatikan cuaca sekeliling di dalam pejabat yang baru. Lihat perlakuan dan cuba fahami tabiat yang bersesuaian.