Oleh Syafiq
“PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka Parti Mahasiswa Negara (PMN) melahirkan hasrat meletakkan calon bebas di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum akan datang atas alasan hilang kepercayaan pada parti-parti serta pemimpin politik di negara ini “
Pertama kali aku baca, nak tergelak pun ada. Alasan penubuhan adalah “kerana hilang kepercayaan”…HaHaHa. Agak pecah perut jugak la.
Aku dah pernah dengar pasal Parti Mahasiswa Negara ni sewaktu belajar dulu. Kawan aku Qaiyum selaku orang terpenting di barisan kepimpinan teratas mahasiswa universiti juga pernah beritahu aku pasal ura-ura yang mengatakan Parti ini akan bertanding dalam pilihanraya. Pada mulanya aku fikirkan ini adalah salah satu agenda sebuah parti dalam barisan alternatif yang pemimpin utamanya adalah bekas pemimpin mahasiswa yang tersohor dan disanjung itu. Jadi aku ambil tak kesah la benda-benda macam ni sebab aku fikir karut saja. Bagaimana mahasiswa ingin memimpin orang yang lebih dewasa sedangkan mereka tak pernah tahu pasal hak dan hasrat rakyat Malaysia. Hak dan hasrat pelajar di Univrsiti pun tak terbela.
“Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalaman tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas. “
Aku petik dari blog sahabat kita, Mohd Ismail.com…”Penubuhan PMN itu aku panggil perkara remeh & omong kosong. Untuk rekod, PMN di’latari oleh barisan pemimpin dari Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) yang terang-terangan di’sokong penuh oleh Parti Islam se-Malaysia (PAS)”
Aku setuju dengan kata-kata itu. Remeh & omong kosong..Ahah!
“gerakan itu menghimpunkan beberapa ratus pelajar dari pelbagai univerisiti tempatan yang mahu melihat perubahan dalam lanskap politik negara.” kata jurucakap PMN, Meor Ispandi Meor Azizan
Aku nak pembaca berfikir kejap, adakah pelajar-pelajar yang dikatakan dari “pelbagai universiti” tu pernah merealisasikan hak dan hasrat pelajar universiti tempat mereka belajar? Ada tak perubahan yang di bawa di universiti mereka?
Mereka cuba nak melawan orang tua yang memerintah berdasarkan pengalaman dan kajian mereka, bukan seperti mereka yang mahu memerintah dengan ilmu teori dan pandangan kampus yang berlegar di sekitar kampus. Pendek dan cetek. Mungkin mereka tak tahu masalah sebenar yang dihadapi pemimpin di atas sebab mahasiswa ni hanya tahu dari media-media yang telah sedia maklum telah di ubah disebabkan kekangan-kekangan oleh pihak atasan untuk menjaga keharmonian negara. Pernah ke parti ni membaca dan hafal sepenuhnya perlembagaan Malaysia termasuk ayat yang tersirat dan tersurat nya? Ntah-ntah beberapa dasar negara punmasih tak tahu.
Aku bukan menentang kerana aku juga dulu seorang mahasiswa. Aku tahu keupayaan kita. Mungkin aku cadangkan kepada mereka, jika benar kepimpinan sekarang telah kuno dan berlapuk, cuba mereka bersihkan dan gilap semula dengan menyertai kepimpinan tersebut. Betulkan apa yang tak betul. Bukan ke semua parti dah ada putera dan puteri. Bukan dengan cara membentuk parti baru. Ini kerana, jika parti yang engkau tubuhkan ini jatuh, seluruh mahasiswa serata Malaysia akan mendapat bau busuknya. Orang akan hilang percaya pada mahasiswa kerana tidak mampu memimpin. Cuba lah belajar untuk menjadi orang dibawah sebelum berdiri di atas. Aku rasa cara itu lebih bagus. Belajar dan cari pengalaman. Tahu selok belok sejarah yang tak pernah didedahkan kepada umum.
“Sehubungan itu, katanya, kumpulan itu akan mengerahkan penyokongnya pada pilihan raya akan datang bagi menyedarkan rakyat bahawa kecenderungan memilih Barisan dan parti-parti pembangkang sedia ada sudah tidak lagi sesuai dengan masa”…
Ayat ni aku selalu dengar bila hampir dengan Pilihanraya Kampus…Harhar!
Aku sokong kalian jika kalian telah benar-benar merealisasikan hak & hasrat rakan-rakanmu di kampus. Tetapi aku tentang perjuangan kalian jika mampu menjadikan Malaysia bertuah ini tunggang langgang…Adios!!