Oleh : Syafiq
Splog?Apa tu?Macam tak pernah dengar je?…..- Inilah suara hati aku bila pertama kali terbaca artikel dalam Majalah PC #134 yang tiba-tiba berada di rumah…Ahah!
Apa sebenarnya Splog ni?…Aku terus terbang ke alam cyber untuk mencari ape benda anasir jahat ni. Selain daripada bagi amaran kepada penulis Blog hingusan seperti aku ini, dapat juga aku menambah ilmu di dada…Har~
Splog ni menurut ensiklopedia maya a.k.a Wikipedia adalah….(teruskan bacaan)
Menurut majalah PC secara ringkasnya, Splog adalah “Spam+Blog” gabungan dua nama yang agak mengerunkan jika sesape tahu apa kesan buruk Spam. Ada juga yang kenal “Spam in Blog” walaupun maksudnya lebih kurang sama..Akeke
Melalui pembacaan aku, Splog ni mula dikesan dan popular sekitar Ogos 2005. Masa tu para Blogger aktif sangat pening bila kes seperti ini menjadi-jadi. Maka untuk mudah diingati, komuniti blog memberikan nama khas kepada anasir jahat ini kerana menyusahkan hidup mereka…Splog ini jika nak diikutkan tidak lah bahaya seperti virus, trojan atau Malware jahat lain tetapi parasit ini telah menyusahkan hidup para Blogger.
Splog ni jika apa yang aku faham melalui pembacaan aku, bertindak sebagai laman web palsu atau tiruan untuk mempromosikan laman web tertentu atau naikkan ranking di enjin carian. Secara tak sedar parasit ini telah meningkatkan jumlah blog tidak perlu di talian, menyebabkan lambakan blog di alam maya. Bayangkan setiap hari antara 3000 ke 7000 Splog dicipta dan pada hari-hari terpilih menjadi ke 11,000 dan 341,000 Splog sebulan….Fuhyoo!!! Banyak bukan?
Masalah yang timbul lagi apabila blog asli tidak lagi dipercayai dan tidak lagi menarik oleh penjelajah maya kerana percampuran antara blog asli dan Splog. Anasir ini juga telah memenuhi Blogsphere dan sesetengahnya cuba mengaut keuntungan dengan menciplak dan mencetak rompak blog individu lain.
Ahah! Cara untuk lari dan sembunyi daripada Splog ini adalah….(menurut majalah ni la)
a) Jangan hasilkan fail teks berasingan daripada lapisan latar belakang. Ini sebab jika peniru cuba nak ‘copy’ entri anda, dia akan ter’copy’ sekali tanda yang anda buat untuk Blog anda. Kira macam tanda hakcipta la ‘trademark’.
b) Menulis blog yang menekankan nama Blog anda banyak kali. Nyatakan nama Blog anda, contoh Suarakan skerap mungkin agar peniru pun jadi pening nak cari dan padam.
c) Dapatkan perlindungan undang-undang Hak Cipta. Tapi banyak guna duit. Jika tidak mampu, guna aje kaedah di atas.
Setiap parasit ada cara untuk mengawal. Berikut adalah web yang membantu mengawal Splog ni.
( SplogReporter )
( SplogSpot )
Mungkin kita tidak boleh menghapuskan dan menghentikan kesemua Splog ni dalam Blogsphere, tapi kita boleh mengurangkannya. Dunia Blog menawarkan dunia talian yang bermanfaat kepada semua namun telah dicemari oleh Splog.
Bebaskan blog dari Splog!! Harhar….
Posted in Dunia Canggih