SUARAKAN SUARA

A.Samad Said - Tidak Mahu “Sasterawan Negara”
January 26th, 2008 by mysifq

Oleh : Syafiq

A.Samad Said

A Samad Said1

 

Saya kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut….

UtusanMalaysia

Gempar dan membimbangkan!! Aku mendengar khabar berita ni dari sahabat serumah, Azrinbasis. Walaupun berita ini mungkin cerita lama namun masih memeranjatkan

 

 

“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Bunyi seperti kecewa dan merajuk. Aku sebenarnya sangat mengkagumi beliau kerana pemikiran beliau sangat unggul.

Ini semua mungkin satu tunjuk protes kepada desas desus yang mengatakan karya-karya yang ku anggap agung seperti karya beliau tidak disenaraikan dalam semakan silibus baru Komsas sekolah menengah. Jadi karya siapa terpilih? Kementerian Pelajaran telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja popular seperti karya Ahadiat Akashah. Hingga kini antara pengarang karya popular yang disenaraikan ialah Ahadiat Akashah, Zaid Akhtar (Mohamad Yazid Abdul Majid) dan Sharifah Abu Salem menurut Utusan.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran ialah sebahagian teks sedia ada terlalu berat dan tidak sesuai untuk pelajar di peringkat sekolah menengah. Sebaliknya, karya-karya popular yang banyak beredar di pasaran tempatan hari ini dapat mengurangkan tekanan dan kebosanan yang dihadapi oleh pelajar.

“Mengurangkan tekanan dan kebosanan” ?!!! Apa semua ni. Adakah itu alasan kukuh?

Aku tidak mahu cerita apa-apa kerana aku percaya bahawa pihak Kementerian mempunyai lebih ramai ahli pemikir. Cuma aku harapkan agar jangan terlalu fikirkan pasal keseronokan sehingga kehilangan karya-karya dari pengkarya agung. Biarlah pelajar bersusah dahulu kerana dari kesusahan itu lah lahirnya kesenangan.

Fikir-fikirkan!

[Lagi capaian berkaitan]

esastera - Biodata

http://www.ujanailmu.com.my/

Gambar - Flickr

Gambar lagi - Flickr

Ensiklopedia maya

 

Posted in Suara Sayup, Mentaliti

3 Comments

Posted By: siti rahmah on August 21st, 2008at 3:26 pm

amat rugi dibiarkan karya agung seperti itu dipinggirkan.. takkanlah semata-mata untuk mengurangkan kebosanan pelajar? bilakah masanya karya seni dan sastera melayu hendak diangkat jika perkara seperti ini dianggap enteng sahaja?? harapnya pemikir-pemikir kita tahu kewajaran tindakan mereka..

Posted By: senja sunyi lorong sepi saya sendiri on September 18th, 2008at 2:22 pm

mengurangkan tekanan dan kebosanan????
sungguh x logik!!!
ahadiat akashah? tulisannya yang x bermutu hanya sesuai untuk remaja belasan tahun yang hanya perlukan keseronokan…secara jujurnya..
saya bukan bercakap kosong…saya berkata sebegini kerana saya sudah pernah membaca beberapa buah buku AA…baru semalam saya dan saudara saya berbicara soal novel AA yang sebenarnya hanya sesuai bagi individu yang sukakan fantasi….
bahasa yang digunakan oleh AA juga x sesuai bagi pelajar…saya ada cuba untuk membaca bukunya yang bertajuk CINDERELLA..yang bagi pendapat saya sungguh membosankan…mengapa perlu disingkirkan karya sasterawan negara kita untuk kegunaan peringkat sekolah???dimana logiknya disini????

Posted By: \Are-May on November 23rd, 2009at 3:39 pm

Ada sesiapa yang BOLEH BANTU SAYA?????
Saya berminat menjadi penulis namun masih buntu mencari haluan dan acuan yang sesuai. Harap pembaca yang prihatin boleh membantu saya memendangkan cuti sekolahsudah bermula.
Sebarang cadangan dan bantuan idea(cara memajukan diri dalam bidang penulisan) boleh dihantar ke
ameramlil@yahoo.com.my
TERIMA KASIH dan SELAMAT MAJU JAYA buat semua pembaca.

Post a Comment Below »
Your Name:

Your Email:

Website?

Your Comment:

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

KALENDAR

January 2008
M T W T F S S
« Sep   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

ADVERTLETS?


KOMEN TERKINI

    • \Are-May: Ada sesiapa yang BOLEH BANTU SAYA????? Saya berminat menjadi...
    • sham: salam…hidup ini perlukn pergorbanan walau pun pahit manis dn...
    • Nativemen: What do I mean By malingsia? i mean Maling asia( Asian Theft) what...
    • Nativemen: Indonesia version is the best”Rasa Sayange”
    • Nativemen: If You just want to use it is ok but if You claim it and use it as...
    • Nativemen: since primary I already learned in school and the lyric between...
    • hehe: malingsia sarng/gembong teroris dunia

PAUTAN