Oleh Syafiq
Selamat bulan Februari kepada semua…Ahaks! Dah sebulan kita memasuki tahun 2008. Sudah tercapai azam tahun ini? Bagaimana? Belum? Sudah?
Kepada yang sudah, tahniah diucapkan dari kami. Kepada yang belum, teruskan usaha dan yang penting istiqamah..Nak forward ke tahun hadapan pun boleee…ahaks!
Aku ingin menulis, tapi kontang idea. Takpe la, menulis la sedikit daripada tiada langsung. Aku ikut nasihat sifu-sifu blogger aku. “Menulis walau sedikit”…=)
Kali ni aku mahu bercerita dan mencari konsep utama bagi SUARAKAN. Seperti yang telah diterangkan oleh sifu saya Qaiyum dan juga rakan seperjuangan dalam SUARAKAN. Aku masih mencari suara-suara emas di luar sana tentang isu semasa, isu berbangkit, isu basi dan pelbagai isu lagi. Niat kami sekadar ingin ketahui pemikiran rakyat kita. Bagaimana mereka berfikir tentang sesuatu isu. Qaiyum kata pada awal masa dulu, SUARAKAN ini seperti penulisan bebas yang bertindak menjelmakan suara manusia dalam bentuk penulisan. Fuh! Pening jugak tu. Maklum la hamba ini budak hingusan dalam dunia blog ini. Ahaks!
Setakat ini aku menulis berdasarkan suara-suara yang aku dengar dari kiri dan kanan aku sahaja. Kira aku curik-curik dengar la. Masih mencari orang untuk ditemu bual. Mungkin aku perlu lagi aktif dan produktif. Mungkin benar kata rakan-rakan lain agar aku merayap dan berjalan-jalan menziarahi blog orang lain. Tunggu sehingga aku ada gajet ku sendiri. Ini pun meminjam insan lain untuk menulis. Terima kasih MRozaidi, rakan serumah ku…huhu
Tunjuk ajar ku sifu!!!
Aku terasa seperti banyak untuk aku bertanya kepada insan diluar sana. Pasal dunia, pasal isu gender, pasal teknologi, pasal blog dan macam-macam lagi. Ku harapkan ada yang sudi untuk berkongsi isu dengan SUARAKAN. Hantar saja surat elektronik kepadaku. Akan aku siarkan.
#Isu best yang ingin saja aku siarkan….”Berikan Nilai Kepada Blog” oleh rakan, MohdIsmail (terima kasih kerana membenarkan aku mengambil tajuk mu..Ahaks!). Isu yang best pada pandangan aku. Tunggulah insan terpilih untuk aku temui dan berbual panjang dengannya. Tunggu!!!
~Aku masih terkial-kial belajar ilmu dalam dunia blog ni. Setting SUARAKAN ni pun suruh Qaiyum yang buat….Ahaks! Wordpress, Theme, dan banyak lagi, Uh…Aku perlu belajar lagi
Posted in Mentaliti, Sembang Kedai Kopi