Oleh: Syafiq
“Kakitangan atau pegawai yang anda kenal dalam agensi?”
“Ada sape2 yang anda kenal dalam pejabat ni?”
“Kamu tahu tawaran ni dari sape?”
Aha…Ini adalah antara soalan yang akan ditanya semasa temuduga di jabatan kerajaan dan badan berkanun. Dan soalan di atas itu merupakan soalan terakhir dalam borang permohonan untuk jawatan profesional dalam jabatan kerajaan.
Mungkin anda selalu dengar dan mengetahui tentang isu kabel jika anda ingin bekerja dalam sektor kerajaan. Bende ni dah lama wujud. Dah popular di kalangan warga Malaysia.
Ari tu aku berkesempatan berbual dengan rakan sepejabat aku yang baru 4 tahun keje tapi dia tahu semua bende…Haha.
Dia kata, isu kabel ni sebenarnya ada tujuan positif. Kekadang je jadi tak betul. Bende yang tak wujud ni la kekadang timbul istilah kroni, pejabat keluarga atau sebagainya.
Antara bende positif yang timbul dari isu kabel ni:
a) Sebenarnya tujuan dorang tanya soalan² di atas tu adalah merujuk kepada pegawai² dalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
b) Majikan perlu tahu peribadi dan kelakuan pekerja baru, mane la tau sebenarnya pekerja ni pemalas atau suka ponteng. So pegawai yang dikenali ni bole la beritahu awal² pada bos.
c) Majikan perlu tahu latar belakang dan sejarah pekerja baru ni. Mane la tau rupanya pekerja baru ni ada rekod jenayah, penah masuk lokap atau pemimpin kumpulan ekstrimis ke. Bole la rejek awal²
d) Majikan perlu tengok dan bandingkan antara pegawai rujukan dengan pekerja baru tu. Mana la tau rupanya pegawai rujukan tu merupakan kaki ponteng dan kuat tido. Mesti bos beranggapan pekerja baru tu pun akan ikut jejak pegawai tu. Ataupun pekerja baru ni akan terpengaruh dengan orang yang dia kenal tu.
e) Jika kita dah ade orang yang kita kenal dalam tu dan pegawai tu pun adalah pegawai yang rajin, sure pekerja baru ini akan jaga kelakuan dan akan kerja dengan rajin. Jika tak, akan memalukan pegawai yang kita kenal tu.
f) Lagi satu, jika kita dah kenal orang dalam, akan memudahkan pekerja baru ni buat kerja. So tak yah la nak kursus orientasi banyak². Cuma tanya je kat pegawai tu. Kan ini menjimatkan masa pejabat.
Untuk pengetahuan, kabel dalam pejabat tu perlulah pegawai atasan, kerani bawahan ni bos tak tengok sangat.
Itu lah antara positifnya kabel dan kroni. Jika nak fokir negatifnya memang la ada. Korang fikirlah sendiri ye.
Posted in Mentaliti