SUARAKAN SUARA

September 5th, 2007 by mysifq

Oleh : Syafiq

Cuti-Cuti Malaysia

 

Petikan dari Berita Harian “Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, Tourism Malaysia semalam melancarkan kempen pengiklanan terbaru berkonsepkan lagu rakyat Rasa Sayang”

=)

Patut lah dua tiga hari yang lepas aku dapat dengar lagu Rasa Sayang Hei dalam iklan-iklan TV. Dah lama aku tak nyanyi lagu tu semenjak aku keluar dari Pengakap masa darjah enam dlu. Fuh’ lama tu.

Bagus’lah..Kementerian Pelancongan cuba mempromosikan Malaysia dengan lagu-lagu bercorak riang macam ni. Kita dapat tengok di kaca-kaca TV, pelbagai kaum di Malaysia boleh nyanyi sama-sama lagu ni. Nak tunjuk yang kita bersatu padu di sebab kan lagu yang mudah dihafal ni…

Petikan Berita Harian lagi “Lagu Rasa Sayang yang dinyanyikan dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Kadazan/Iban dengan lirik yang mencerminkan tingkah laku dan gaya percakapan rakyat Malaysia, memainkan peranan penting dalam kempen ini,”

Kan bagus kalau masyarakat majmuk di Malaysia ni dapat bersatu padu hanya disebabkan sebuah lagu je. Ye’la, kenapa aku cakap macam ni sebab aku rasa lagu ni mudah nak ikut dan takde unsur-unsur berat sebelah. Aku pernah terdengar perbualan cikgu Sejarah aku dengan cikgu Sains aku time aku sekolah menengah dulu kat kampung tentang perpaduan kaum melalui lagu….Lebih kurang macam ni la gaya diorang bebual..

“Aku rasa lah, kita perlu ajar bebudak ni macam mana nak hormat lagu Negaraku” kata cikgu Sains aku.

“Nape plak ko cakap macam tu?” balas cikgu Sejarah

“Ye’la, aku naik hangin bila kekadang bebudak ni langsung tak berhenti masa perhimpunan, masa kita nyanyi lagu Negaraku”

“Owh…ala, biasa lah bebudak ni tak faham ape peranan lagu kebangsaan tu. Ko tengok la sekarang ni, bebudak Melayu dengan Cina langsung tak boleh berlaga bahu. Langgar sikit terus nak bertumbuk” jawab cikgu Sejarah ku.

” Dorang kena sedar yang lagu kebangsaan dan rukun negara yang selama ni kita dok hafal ni adalah alat untuk menyatukan hati-hati kita. Ko bayangkan lah macam mana bijak nye pemimpin kita dulu. Dorang menjadikan Lagu dan Rukun Negara ni sebagai alat untuk kita taat setia kepada negara. Bila kita dah hafal dan amalkan, secara automatik perasaan cintakan negara datang sendiri” sambung cikgu Sejarah ku lagi.

Ayat cikgu-cikgu aku ni memang aku ingat sampai sekarang. Terima kasih cikgu. Masa tu lah aku tersedar semua ni. (Aku dengar perbualan ni masa aku di bilik guru ketika aku dipanggil untk kes yang melibatkan perpaduan kaum ni…HeHe)

Lirik lagu Rasa Sayang

Rasa Sayang,

Hey Rasa Sayang Sayang Hey

Hey Lihat Nona Jauh Rasa Sayang

Sayang Hey..

(yang lain korang dengar lah sendiri di sini)

Kementerian Pelancongan sibuk-sibuk nak tarik pelancong luar mai negara kita tapi rakyat Malaysia, dah pergi melancong dalam negara!?

Sesape yang dah menyahut seruan kerajaan, tahniah di ucapkan. Dan sesape yang boleh berkongsi tempat pelancongan atau lokasi untuk ‘honeymoon’, anda dialu-alukan.

“Pergi lah melancong, segala-galanya ada di sini”

September 1st, 2007 by Qaiyum

Hisham Nazri

Biodata Suara

Nama Penuh : Norhisham bin Nazri

Pekerjaan : Mahasiswa

Bidang : Kejuruteraan Elektrik UiTM (Semester 5)

Sesi Soal Jawab Telah Dijalankan Oleh SUARAKAN Melalui Yahoo! Messenger. Beliau Adalah Rakan Sekelas Penulis Sewaktu Sekolah Di Perlis Suatu Ketika Dahulu. Beliau Seorang Yang Amat Patriotik & Mempunyai Semangat Cintakan Negara Yang Tinggi. Sama²lah Kita Soroti Sesi Ini

SUARAKAN: So Kita Ke Isu Kemerdekaan

HISHAM NAZRI: ok

SUARAKAN: Sejauh Manakah Anda Menilai Erti Kemerdekaan?

HISHAM NAZRI: Sejauh perjalanan 50 tahun kemerdekaan Malaysia

SUARAKAN: Ko Bleh Elaborate Memanjang

HISHAM NAZRI: hmm, kemerdekaan adalah kebebasan..

HISHAM NAZRI: perjuangan

HISHAM NAZRI: dan merupakan satu titik tolak bagi sebuah negara untuk kekal sebagai sebuah negara bangsa

HISHAM NAZRI: tanpa adanya lagi campur tangan dari pihak-pihak luar

HISHAM NAZRI: dalam konteks negara kita, merdeka itu adalah merupakan satu lambang perjuangan pemimpin-pemimpin kita yang mahu keluar dari cengkaman penjajah dan berusaha untuk mewujudkan pemerintahan yang bebas

SUARAKAN: Apakah Yang Anda Rasa Masih Kurang Pada Malaysia Hari Ini?

HISHAM NAZRI: saya rasa malaysia kurang dari segi perpaduan

HISHAM NAZRI: masih terdapat perasaan curiga di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini

HISHAM NAZRI: perkara ini jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada negara

HISHAM NAZRI: masih terdapat golongan yang secara terbuka membuat tuntutan-tuntutan yang melampau

HISHAM NAZRI: tuduhan-tuduhan yang liar, tanpa disokong dengan fakta atau bukti

HISHAM NAZRI: semua ini jika kita tidak tangani secara rasional, tidak mustahil negara kita akan kembali kepada zaman sebelum merdeka

SUARAKAN: Apa Pandangan Anda Mengenai Langkah Kerajaan Dalam Usaha Untuk Meningkatkan Perpaduan Di Negara. Apakah Masih Ada Kekurangan? Dimanakah Silapnya?

HISHAM NAZRI: pada pandangan saya, kerajaan telah melakukan segala galanya

HISHAM NAZRI: bermula dari sejak zaman pra-merdeka lagi

HISHAM NAZRI: tunku abdul rahman telah memulakan gagasan parti perikatan

HISHAM NAZRI: namun, atas sebab sebab tetrtentu, perpaduan yang dirintis oleh tunku telah runtuh pada 1969

HISHAM NAZRI: iaitu selepas peristiwa 13 mei 1969

HISHAM NAZRI: kemudian, tun abdul razak telah memulakan gagasan kedua

HISHAM NAZRI: iaitu Barisan Nasional

HISHAM NAZRI: dalam gagasan ini, tun telah menjemput semua parti politik yang terdapat di Malaysia untuk bergabung di bawah Barisan Nasional

HISHAM NAZRI: tidak cukup dengan itu,

HISHAM NAZRI: kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru

HISHAM NAZRI: yang mana matlamatnya adalah untuk menghapuskan kemiskinan serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum

HISHAM NAZRI: kerajaan juga telah menggubal dasar pendidikan kebangsaan

HISHAM NAZRI: namun, atas sebab perasaan curiga yang masih mendalam di kalangan segelintir rakyat, perpaduan masih agak kurang

HISHAM NAZRI: diberikan perhatian

HISHAM NAZRI: sedangkan sebelum merdeka, semasa zaman darurat, semasa menentang komunis

HISHAM NAZRI: kita semua boleh bersatu

HISHAM NAZRI: tidak ada satu pun yang berasa curiga

HISHAM NAZRI: tidak ada seorang pun yang berasa curiga

HISHAM NAZRI: kita telah sama sama bangun dan bergabung tenaga bagi mndapatkan kemerdekaan

HISHAM NAZRI: jadi adalah amat tidak wajar jika sekarang ini kita tidak boleh bergabung tenaga untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan

HISHAM NAZRI: saya percaya, jika Tunku Abdul Rahman masih hidup, almarhum pasti akan berasa agak kecewa dgn senario ini

SUARAKAN: Mm…

SUARAKAN: Apakah Pandangan Anda Mengenai Rakyat Malaysia?

SUARAKAN: Jika Semua Itu Berpunca Daripada Rakyat Yang Tidak Mementingkan Perpaduan, Apakah Yang Kurang Sebenarnya?

HISHAM NAZRI: kita kurang persefahaman

HISHAM NAZRI: itu sahaja

HISHAM NAZRI: kalau rakyat faham kepada asas pembentukan negara ini

HISHAM NAZRI: iaitu perlembagaan persekutuan dan kontrak sosial

HISHAM NAZRI: tidak akan ada seorang pun yang akan mencabar keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu

SUARAKAN: Jika Itu Anda Rasa Kurang Pada Rakyat Malaysia, Adakah Anda Rasa Kita Boleh Mencapai Perpaduan Yang Diinginkan Berdasarkan Situasi Hari Ini? Ataupun Tidak Mungkin Akan Tercapai, Kita Masih Akan Terus Sangsi Antara Satu Sama Lain?

HISHAM NAZRI: saya rasa perpaduan boleh dicapai

HISHAM NAZRI: cuma lambat atau cepat

HISHAM NAZRI: sebelum ini pun kita telah membuktikan bahawa kita boleh hidup bersama-sama dalam keadaan damai dan aman

HISHAM NAZRI: cuma apa yang perlu dilakukan ialah pemerkasaan perpaduan

HISHAM NAZRI: isu-isu sensitif yg menyentuh soal perkauman, mesti dielakkan’

HISHAM NAZRI: dan kita mesti menghormati antara satu sama lain

SUARAKAN: Baiklah. Apakah Yang Anda Banggakan Terhadap Malaysia Hari Ini?

HISHAM NAZRI: pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai bidang

HISHAM NAZRI: perindustrian

HISHAM NAZRI: pertanian

HISHAM NAZRI: pelancongan

HISHAM NAZRI: pendidikan

HISHAM NAZRI: pengangkutan

HISHAM NAZRI: sukan

HISHAM NAZRI: dan yang paling penting, kemakmuran yang terus dikecapi walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan

HISHAM NAZRI: kerana kita telah membuktikan bahawa dengan wawasan yang jauh, serta semangat yang tinggi

HISHAM NAZRI: kita mampu pergi jauh

HISHAM NAZRI: malah Malaysia telah diiktiraf sebagai negara membangun paling maju walaupun ada diantara negara membangun lain yang memperoleh kemerdekaan lebih awal dari Malaysia

SUARAKAN: Ok..

SUARAKAN: Akhir Kata Dari Anda Sebagai Seorang Rakyat Malaysia Sempena 50 Tahun Kemerdekaan?

HISHAM NAZRI: hargailah kemerdekaan ini..sayangilah negara ini..kita sebagai rakyat Malaysia mesti menumpahkan penuh taat setia kita kepada seri paduka baginda, raja kita…marilah kita sama sama meningkatkan keupayaan agar negara kita ini terus makmur sejahtera, berdaulat dan mulia serta gagah dan perkasa…

SUARAKAN: Ya.. Sudah?

HISHAM NAZRI: sudah

HISHAM NAZRI: MERDEKA!!!

SUARAKAN: Merdeka.

SUARAKAN: Terima Kasih Atas Kerjasama

August 27th, 2007 by Qaiyum

Assalamualaikum.

Sila Ke Page Konsep Untuk Penerangan Mengenai Konsep SUARAKAN Secara Keseluruhan.

Berikut Diperkenalkan Antara Staf² Yang Akan Menguruskan SUARAKAN.

Staff01

Nama : Abdul Qaiyum Borhan

Pekerjaan : Mahasiswa & Penulis Bebas

Asal : Kajang, Selangor

Kepakaran : Pengaturcaraan, Pembangunan Laman Web, Kepakaran Teknologi Komputer, Kejurulatihan & Berorganisasi

Staff02

Nama : Mohd Syafiq Abd Rahim

Pekerjaan : Mahasiswa & Manusia Berfikiran Kosong

Asal : Pontian, Johor

Kapakaran : Selok Belok Nenas, Genetik Manusia & Manusia Memanusiakan Manusia

Hanya Ada 2 Orang Staf Yang Akan Menguruskan SUARAKAN Buat Masa Ini. Sama²lah Kita Berganding Bahu Untuk Mencari SUARA² Emas Di Luar Sana.

Wassalam.

Next Entries »

KALENDAR

August 2008
M T W T F S S
« Jun    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

ADVERTLETS?


KOMEN TERKINI

    • Qaiyum: Ambik La Inchek MoHFiR. Lagipun Artikel Ini Pun Saya Ambil Dari...
    • MoHFiR: Apa yang ko kata ni Qaiyum, Aku sokong and berdasarkan pemerhatian...
    • KNizam: aku benci kabel2 tuh semua. hehe :)
    • KepekPisang: Mengarut parti mahasiswa negara!!! Abis belajar dulu. dapat...
    • Qaiyum: Hmm.. Aku Akan Kembali Ke Sini Syafiq. Untuk Membantu Anda Dalam...
    • xin nira: parti mahasiswa negara adalah gelombang baru baru suara mahasiswa...
    • Qaiyum: Nak E-mel Dia? Hehe.. Takdela Kat Saya..

PAUTAN